Affiliate

Program affiliate adalah satu bentuk program di mana anda menjadi “agen maya” kepada seller yang menyenaraikan produk mereka di platform ini. Menerusi program affiliate, tugas anda hanyalah mempromosikan produk seller menggunakan link khas (link affiliate) yang mengandungi ID anda sahaja. Apabila prospek membuat pembelian, sistem akan merekod pembelian tersebut terhasil melalui anda secara automatik. Anda seterusnya akan dibayar komisen mengikut jumlah yang telah ditetapkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Langkah 1 – Promosi

Anda perlu mempromosikan link affiliate anda secara online sahaja sama ada menerusi Facebook, Instagram, Whatsapp, blog dan sebagainya. Sebaik sahaja prospek klik pada link tersebut, mereka akan di bawa ke web jualan.

Langkah 2 – Pembelian

Sekiranya prospek membuat pembelian (pada ketika itu atau selama mana cookies tidak rosak), sistem secara automatik akan merekod jualan terhasil melalui link affiliate anda.

Langkah 3 – Komisen

Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pihak JV Warrior akan membuat pembayaran komisen yang terkumpul sepanjang minggu yang tersebut. Agen affiliate akan menerima email notifikasi sebaik sahaja komisen dimasukkan ke akaun bank mereka.

Kenapa Kena Sertai Program Affiliate JV Warrior?

Platform JV Warrior sememangnya “lubuk emas” untuk mereka yang nak menjana pendapatan lumayan menerusi program affiliate. Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu menyertai program affiliate JV Warrior. Antaranya adalah :

Percuma

Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai program affiliate JV Warrior. Sebaliknya anda yang akan dibayar komisen jika ada jualan terhasil menerusi link affiliate anda.

Komisen Lumayan

Menjadi agen produk digital sememangnya berbeza daripada produk fizikal. Untuk produk digital, komisen biasanya sangat besar iaitu sekitar 30% ke 90%. Adakalanya, seller turut beri komisen 100%!

Komisen 2 Kali Minggu

Kami faham anda perlukan duit cepat sama ada untuk perbelanjaan personal atau untuk rolling kos pengiklanan. Oleh sebab itu, kami akan buat pembayaran komisen 2 kali seminggu (lihat jadual pembayaran komisen).

Maklumat Pelanggan

Apabila jualan terhasil, maklumat pelanggan dan butiran pembelian akan dihantar secara automatik kepada anda menerusi email. Anda boleh simpan maklumat tersebut sebagai rekod. Selain itu, maklumat pelanggan juga ada tertera di dashboard akaun JV Warrior anda.

Tips Pemasaran

Dari masa ke semasa, pihak kami akan turut kongsikan pelbagai tips pemasaran supaya anda boleh jana pendapatan lumayan menerusi platform ini walaupun anda zero.

Real Time Stats

Lihat hasil promosi anda secara “real time”. Semuanya maklumat klik, jualan dan komisen di update secara automatik oleh sistem JV Warrior

Penghantaran Automatik

Jika anda ingin berikan bonus kepada pelanggan, mereka akan dapat bonus anda serta merta beserta dengan produk yang dibeli sebaik sahaja mereka buat bayaran. Anda tak perlu lagi check pembelian dengan pemilik produk untuk tujuan pengesahan dan pemberian bonus secara manual.

Instant Sale Notification

Setiap kali ada jualan terhasil menerusi link affiliate anda, satu email notifikasi akan dihantar secara automatik ke email anda. Anda pasti gembira menerimanya.

Traffic Source Tracking

Sistem tracking kami membolehkan anda track dari medium mana datangnya sale (contoh : FB Ads, PM, Email, etc). Dengan mengetahui maklumat tersebut, anda boleh fokus pada medium yang berkesan sahaja tanpa perlu bazirkan masa dan wang untuk medium yang tidak berkesan.

Cabaran Affiliate

Adakalanya pihak seller turut menganjurkan Cabaran Affiliate ketika pelancaran produk mereka. Anda berpeluang memenangi banyak hadiah lumayan dengan menyertai cabaran tersebut.

World Class

Sistem yang digunakan oleh platform JV Warrior adalah sangat cekap serta canggih. Ia setaraf dengan kebanyakkan sistem-sistem lain yang digunakan oleh kebanyakkan platform yang menguruskan produk digital di seluruh dunia.

Terdapat banyak kelebihan lain yang anda bakal perolehi dari masa ke semasa daripada pihak kami. Anda hanya perlu fokus pada kerja-kerja promosi produk sahaja. Biarkan kami uruskan perkara-perkara teknikal yang melecehkan secara PERCUMA untuk anda!

  • Kami sediakan sistem yang hebat untuk anda secara percuma
  • Kami buka peluang untuk anda menjana pendapatan lumayan dengan cara yang mudah
  • Kami permudahkan urusan anda untuk menjana pendapatan secara online
  • Nak apa lagi??? Hanya mereka yang malas sahaja yang tak boleh jana pendapatan dekat sini!

Cara Untuk Menyertai Program Affiliate

Sesiapa sahaja boleh menyertai program affiliate JV Warrior. Yang penting anda ada akaun bank tempatan untuk kami bayar komisen. Untuk menjadi agen affiliate, anda cuma perlu ikuti beberapa langkah mudah berikut :

A) Baca & Setuju

Anda perlu baca dan setuju dengan semua terma dan syarat utama serta terma dan syarat affiliate yang telah ditetapkan.

B) Daftar

Isi borang pendaftaran affiliate JV Warrior (perlu dilakukan SEKALI sahaja).

C) Pilih & Daftar

Pilih produk yang nak dipromosikan. Kemudian isi borang pendaftaran affiliate bagi produk tersebut (perlu dilakukan untuk SEMUA produk yang ingin dipromosikan – baca tutorial).

D) Lakukan Promosi

Dapatkan link affiliate dan mulakan lakukan promosi (baca tutorial).

Ada Pertanyaan Lanjut?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan “program affiliate”, sila rujuk bahagian FAQ terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak JV Warrior. Kebanyakkan daripada pertanyaan lazim tentang program affiliate telahpun dimasukkan di ruangan FAQ.