Disclaimer

Sebagai pihak yang menyediakan dan menguruskan platform ini, pihak JV Warrior tidak bertanggungjawab di atas setiap perkara-perkara yang berikut :

1) Pihak JV Warrior tidak menjamin agen Affiliate akan berjaya menjana pendapatan lumayan dengan mempromosikan produk/servis yang disenaraikan di JV Warrior. Ianya bergantung kepada usaha dan rezeki masing-masing.

2) Pihak JV Warrior tidak menjamin Seller akan mendapat keuntungan lumayan kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi hasil jualan sesuatu produk/servis seperti harga, persaingan dan sebagainya.

3) Pihak JV Warrior tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan negatif hasil daripada penggunakan produk/servis yang dibeli.

4) Pihak JV Warrior tidak bertanggungjawab di atas segala kesalahan dari sudut produk/servis, website atau mana-mana bahagian yang melanggar undang-undang Malaysia ataupun bercanggah dengan agama Islam. Semua kesalahan tersebut terletak di atas tanggungjawab pihak Seller.

5) Pihak JV Warrior tidak bertanggungjawab di atas khidmat bantuan susulan (support) untuk produk/servis yang telah dibeli. Pelanggan harus mendapatkan khidmat bantuan tersebut terus daripada pihak Seller.

6) Pihak JV Warrior tidak bertanggungjawab sekiranya produk/servis yang dibeli tidak membawa sebarang manfaat kepada pelanggan.

Sebagai penyedia platform, tugas hakiki pihak JV Warrior hanyalah seperti berikut sahaja :

1) Menyediakan platform untuk membolehkan Seller menjual produk/servis.

2) Menyediakan platform bagi membolehkan agen Affliate menjana keuntungan menerusi program affiliate.

3) Menyediakan platform untuk pelanggan membuat pembelian produk digital dan servis.

4) Menguruskan proses jualan dengan lebih efisyen secara percuma.

5) Memberi akses produk digital kepada pelanggan secara automatik.

6) Memberi support berkaitan sistem JV Warrior kepada semua yang menggunakan platform ini.

7) Membuat pembayaran komisen (sekiranya ada) kepada Seller dan agen Affiliate.