Seller

Setiap orang ada idea dan kebolehan masing-masing yang tak ada pada orang lain. Tapi mereka tak tau cara untuk jana pendapatan daripadanya. Di JV Warrior, anda tak perlu pening kepala lagi! Apa yang perlu dilakukan hanyalah tukar idea/kebolehan anda ke dalam bentuk produk untuk disenaraikan di platform ini sahaja.

Berikut merupakan jenis-jenis “produk” yang boleh disenaraikan di platform JV Warrior :

Produk Digital

Produk Digital adalah produk berbentuk softcopy (tak boleh dipegang). Contohnya seperti ebook, video tutorial, software dan sebagainya.

Servis

Servis merupakan satu bentuk perkhidmatan yang boleh dilakukan secara online untuk pelanggan. Contohnya seperti pembinaan blog, translate, design grafik, tuisyen online, penulisan post dan sebagainya.

Kenapa Perlu Senaraikan Produk / Servis Di JV Warrior?

Jika anda ingin jual produk digital atau servis TANPA perlu buat banyak kerja serta TANPA keluarkan sebarang modal, platform JV Warrior memang tempat untuk anda. Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu menggunakan platform ini. Antaranya adalah :

Percuma

Di JV Warrior, tiada bayaran “listing fee” dan juga “transaction fee” dikenakan oleh pihak kami kepada seller sepertimana yang dilakukan oleh platform lain. 100% keuntungan bersih (setelah ditolak komisen affiliate jika ada) adalah milik anda.

Tak Perlu Website

Anda tak perlukan website untuk jual produk di JV Warrior. Website adalah optional. Ini bererti, anda tak perlu beli domain, hosting, upah designer dan sebagainya. Jimat ratus ke ribuan ringgit!

Dime Sale

Dime Sale merupakan salah satu strategi untuk boost sale dengan pantas! Dengan adanya fungsi Dime Sale, anda boleh set harga produk anda naik sikit demi sikit ikut kuantiti jualan atau masa (jam/hari) secara automatik.

Penghantaran Automatik

Jika anda jual produk digital, pelanggan akan dapat akses produk anda serta merta sebaik sahaja mereka buat bayaran. Selain itu, bonus yang disediakan oleh agen affiliate yang terlibat juga akan dihantar secara automatik. Tak perlu lagi send download link secara manual yang sememangnya melecehkan!

Maklumat Pelanggan

Apabila jualan terhasil, maklumat pelanggan dan butiran pembelian akan dihantar secara automatik kepada anda menerusi email. Anda boleh simpan maklumat tersebut sebagai rekod. Selain itu, maklumat pelanggan juga ada tertera di dashboard akaun JV Warrior anda.

Baca Online

Produk digital anda akan dipaparkan di dalam ruangan membership. Pelanggan akan baca / tonton seperti mana mereka baca blog. Jadi tiada lagi keluhan “tak boleh bukak file pdf / zip dan sebagainya daripada pelanggan

One Time Offer

Nak buat Upsell? Takde masalah! Semuanya boleh dilakukan secara automatik oleh sistem kami!

Pay Per Lead

Nak anjurkan Pay Per Lead? Tiada masalah! Sistem kami dilengkapi dengan autoresponder integration yang membolehkan email daripada subscriber terus masuk ke autoresponder anda secara automatik.

Affiliate Automatic Access

Bagi akses produk secara percuma kepada agen affiliate dengan harapan mereka lebih faham produk anda sebelum membuat promosi sebenarnya belum tentu menguntungkan. Mungkin mereka terus senyap lepas akses produk anda. Di JV Warrior, anda boleh set untuk beri akses secara automatik apabila agen affiliate berjaya membuat X jualan. Ia lebih adil dan berkesan!

Bantuan Pemasaran

Dari masa ke semasa, pihak kami akan mewar-warkan produk yang disenaraikan menggunakan pemasaran email dan juga Facebook. Jadi anda mendapat “tempias” daripada pemasaran yang dilakukan oleh pihak kami secara percuma.

Pembayaran Automatik

Sistem kami menerima bayaran daripada pelanggan menerusi sistem FPX. Dengan itu anda tak perlu lagi terkial-kial check akaun, minta pelanggan WhatsApp bukti bayaran dan sebagainya. Bayaran diterima secara automatik dan ianya selamat!

JV Profit Sharing

Jika anda ada partner, pembahagian keuntungan akan diagihkan secara automatik mengikut peratusan yang telah dipersetujui bersama. Tak perlu lagi kira dan bahagi keuntungan secara manual!

Pembayaran Komisen

Pembayaran komisen kepada agen affiliate bukanlah kerja yang mudah. Ia memakan banyak masa. Kadang-kadang sampai berjam-jam atau berhari-hari. Di JV Warrior, urusan pembayaran komisen dilakukan oleh kami 100% tanpa sebarang bayaran upah! Anda boleh lupakan kerja-kerja request tac, check komisen, tulis cheque dan sebagainya!

Follow Up System

Bagi tujuan mendapatkan testimonial ataupun renewal reminder (recurring product), sistem kami akan menghantar email follow up secara automatik kepada pelanggan anda. Tak perlu lagi WhatsApp atau hantar email secara manual!

Media Sosial

Tak suka promote produk di website? Tiada masalah. Anda boleh jual produk anda di media sosial menggunakan sistem kami. Bukan itu sahaja, bahkan anda juga turut boleh menganjurkan program affiliate walaupun tanpa website.

Live Stat & Review

Prospek biasanya akan lebih yakin untuk membeli jika ada “social proof” atau lain-lain bukti yang menunjukkan sesuatu produk itu bagus. Untuk tujuan itu, jumlah jualan terkini akan ditayang secara “live” serta automatik.

Auto Start / Stop

Nak buka jualan/diskaun bermula esok? Nak tutup jualan/diskaun bila dah cukup seminggu? Nak tutup jualan/diskaun bila dah cukup 100 orang beli? Semuanya boleh berjalan secara automatik. Tak perlu kunci jam atau buat reminder lagi!

World Class

Sistem yang digunakan oleh platform JV Warrior adalah sangat cekap serta canggih. Ia setaraf dengan kebanyakkan sistem-sistem lain yang digunakan oleh kebanyakkan platform yang menguruskan produk digital di seluruh dunia.

Terdapat banyak kelebihan lain yang anda bakal perolehi dari masa ke semasa daripada pihak kami. Anda hanya perlu fokus pada penghasilan produk digital / servis sahaja. Biarkan kami uruskan perkara-perkara teknikal yang melecehkan secara PERCUMA untuk anda!

  • Kami sediakan sistem yang hebat untuk anda secara percuma
  • Kami buatkan kerja-kerja renyah untuk anda secara percuma
  • Keuntungan anda adalah 100% (tiada listing fee dan transaction fee)
  • Kami permudahkan urusan anda untuk menjana pendapatan secara online
  • Nak apa lagi???

Cara Untuk Menjadi Seller

Menjadi seller di platform JV Warrior adalah percuma dan sangat mudah. Anda tak perlu tahu sebarang hal-hal teknikal seperti bina website, pasang sistem affiliate, pasang sistem ecommerce dan sebagainya. Cukup sekadar ikuti langkah semudah A-B-C sahaja :

A) Baca & Setuju

Anda perlu baca dan setuju dengan semua terma dan syarat utama serta terma dan syarat seller yang telah ditetapkan.

B) Daftar

Isi borang pendaftaran sebagai Seller. Anda hanya perlu membuat pendaftaran SEKALI sahaja.

C) Masukkan Produk

Selesai daftar, anda boleh terus masukkan seberapa banyak produk digital atau servis milik anda sendiri.

Cara Untuk Masukkan Produk / Servis

Setelah mendaftar sebagai seller, anda bolehlah ikuti langkah mudah berikut untuk mula menyenaraikan produk / servis digital anda di platform ini.

1) Prepare

Prepare ayat, gambar, video dan sebagainya untuk sales letter dan juga halaman download. Anda boleh taip ayat di notepad, microsoft word atau apa-apa juga perisian yang anda ada di laptop/phone.

2) Submit Content

Seterusnya anda bolehlah copy paste bahan yang anda dah prepare tadi di form yang telah disediakan.

3) Tunggu Approval

Pihak JV Warrior akan review content anda dan menghubungi anda semula dalam tempoh 24 – 48 jam (hari bekerja) untuk proses approval / amendment.

Ada Pertanyaan Lanjut?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan “seller”, sila rujuk bahagian FAQ terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak JV Warrior. Kebanyakkan daripada pertanyaan lazim tentang “seller” telahpun dimasukkan di ruangan FAQ.