Terma & Syarat

JV Warrior merupakan satu platform bisnes online yang melibatkan banyak pihak iaitu Customer, Seller, Affiliate dan pihak kami (JV Warrior). Atas sebab itu, untuk memastikan platform ini dapat berjalan dengan lancar, mereka yang terlibat haruslah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan supaya tiada masalah yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Berikut merupakan terma dan syarat yang harus dipatuhi oleh setiap individu yang menggunakan platform ini :

1) Utama

1.1) Setiap individu (Customer / Seller / Affiliate) hanya dibenarkan mempunyai SATU akaun JV Warrior sahaja. Anda tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu akaun. Contohnya, 1 akaun sebagai Seller dan 1 akaun sebagai Affiliate (ini tidak dibenarkan sama sekali). Penipuan dalam bentuk pendaftaran beberapa akaun JV Warrior semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tertentu adalah satu kesalahan yang serius.

1.2) Sekiranya terdapat isu negatif sepanjang anda berurusan di platform ini, anda seharusnya berunding dengan pihak Seller (atau pihak yang berkenaan) terlebih dahulu. Sekiranya tidak berhasil, anda boleh melaporkan isu tersebut kepada pihak JV Warrior untuk tindakan susulan. Anda tidak dibenarkan sama sekali menghebohkan sebarang isu negatif di media social. Tindakan anda mem”viral”kan sesuatu yang boleh menjejaskan nama baik platform ini secara langsung mahupun tidak langsung adalah satu kesalahan yang serius.

1.3) Anda mestilah warganegara Malaysia, mempunyai akaun bank tempatan dan mematuhi segala peruntukan undang-undang Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan.

1.4) Setiap individu (Customer / Seller / Affiliate) tidak boleh menggunakan sebarang helah yang boleh merugikan mana-mana pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

2) Customer

“Customer” adalah merujuk kepada individu yang membeli produk digital atau servis yang disenaraikan di platform JV Warrior. Sebagai customer, anda haruslah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum membuat sebarang pembelian :

2.1) Anda haruslah bersetuju untuk tidak menggunakan mana-mana produk/servis yang dilanggan ke arah yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan juga agama Islam.

2.2) Anda mestilah telah memahami tentang apa yang ditawarkan oleh pihak Seller sebelum membeli produk/servis mereka. Jangan letakkan pengharapan melebihi daripada apa yang dinyatakan oleh pihak Seller.

2.3) Untuk mendapatkan bantuan berkenaan dengan produk/servis yang dibeli, anda haruslah menghubungi pihak Seller terus tanpa melalui pihak JV Warrior.

2.4) Untuk setiap pembelian produk/servis di JV Warrior, anda akan dikenakan bayaran “Processing Fee” mengikut kadar yang telah ditetapkan. Bayaran ini tidak termasuk di dalam harga produk/servis.

2.5) Pihak JV Warrior berhak mengambil dan menggunakan maklumat Customer untuk tujuan promosi dan sebagainya tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada Customer. Sebagai contoh ; menghantar newsletter, memaparkan testimonial dan sebagainya.

3) Affiliate

Agen Affiliate adalah merujuk kepada individu yang mempromosikan produk milik Seller yang disenaraikan di platform JV Warrior. Untuk menjadi agen Affiliate, anda haruslah bersetuju dengan syarat-syarat berikut sebelum membuat sebarang promosi :

3.1) Anda mestilah tidak memutarbelitkan fakta produk semata-mata untuk mendapatkan jualan.

3.2) Anda mestilah melakukan promosi dengan cara berhemah tanpa menjejaskan pesaing.

3.3) Komisen hanya diberikan untuk produk yang anda sertai sebagai agen affiliate sahaja. Untuk produk selain itu, komisen tidak akan direkodkan oleh sistem kami.

3.4) Komisen hanya akan diberi jika Customer membuat pembelian secara ONLINE dan dapat di track oleh sistem sahaja.

3.5) Anda mestilah mematuhi mana-mana terma dan syarat platform yang digunakan untuk tujuan promosi. Sebagai contoh jika anda mempromosikan produk di Facebook, anda mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Facebook.

3.6) Pihak JV Warrior berhak untuk menggunakan trafik yang di bawa oleh agen Affiliate untuk tujuan pemasaran, report dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

3.7) Agen tidak dibenarkan membuat pembelian untuk kegunaan peribadi menerusi link affiliate sendiri. Jika ia berlaku secara sengaja, keahlian anda sebagai agen affiliate akan ditamatkan serta merta dan komisen yang terhasil tidak akan dibayar.

3.8) Komisen akan dibayar menggunakan akaun Maybank sahaja. Sekiranya anda memasukkan akaun bank lain, “interbank transfer fee” akaun dipotong daripada komisen anda.

3.9) Sekiranya Customer meminta refund sebelum tempoh pembayaran komisen (duit jualan masih berada di pihak JV Warrior), komisen agen affiliate akan dibatalkan. Namun sekiranya Customer meminta refund setelah komisen dibayar, ia bergantung kepada budi bicara pihak Seller sepenuhnya.

4) Seller

Seller adalah merujuk kepada individu yang menyenaraikan produk/servis mereka di platform JV Warrior. Seller haruslah bersetuju dengan syarat-syarat berikut sebelum membuat sebarang penyenaraian :

4.1) Produk digital yang disenaraikan mestilah produk milik sendiri. Bukan produk orang lain kecuali telah direbranding.

4.2) Produk/servis anda mestilah tidak menyalahi undang-undang Malaysia dan tidak bercanggah dengan Agama Islam.

4.3) Seller mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu sales letter sama ada di website sendiri, di plaform JV Warrior ataupun dalam benuk post di media social.

4.4) Tanggungjawab terhadap keberkesaan produk/servis kepada pengguna adalah terletak di bahu anda 100%. Pihak JV Warrior tidak terlibat sama sekali.

4.5) Semua urusan support berkaitan produk/servis mestilah diuruskan oleh anda tanpa melalui pihak JV Warrior.

4.6) Sebarang perubahan yang dilakukan pada produk/servis atau material atau terma & syarat yang berkaitan dengan produk/servis mestilah dimaklumkan kepada pihak JV Warrior terlebih dahulu.

4.7) Anda mestilah memberi respon kepada pelanggan anda (untuk servis) sepantas yang mungkin atau selewat-lewatnya 2 hari bekerja. Sekiranya terlewat, wang pelanggan akan dikembalikan. Sekiranya anda kerap terlewat sehingga menjejaskan nama baik JV Warrior, keahlian anda sebagai seller akan ditamatkan.

4.8) Seller boleh membuat “close sale” menerusi Whatsapp, PM dan sebagainya. Namun, semua proses jual beli mestilah dibuat menerusi order form yang disediakan oleh pihak JV Warrior sahaja. Seller tidak dibenarkan sama sekali menggunakan order form lain atau terima bayaran secara manual.

4.9) Seller mestilah memaklumkan kepada pihak JV Warrior jika mereka ingin menghentikan jualan di JV Warrior. Seller yang tidak membuat sebarang makluman akan disenaraihitam.

4.10) Pihak JV Warrior berhak untuk membaca, mencuba dan mengkaji produk anda tanpa sebarang bayaran (tak perlu beli) untuk memastikan ia tidak melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan dan sebagainya yang difikirkan perlu.

4.11) Pihak JV Warrior berhak untuk menggunakan trafik dan pelanggan yang diperolehi untuk tujuan pemasaran, report dan sebagainya yang difikirkan sesuai tanpa perlu meminta kebenaran daripada pihak Seller.

4.12) Pihak JV Warrior berhak menggunakan testimonial yang diperolehi bagi tujuan untuk dijadikan bahan pemasaran tanpa perlu meminta kebenaran daripada pihak Seller.

4.13) Seller mestilah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JV Warrior kepada Customer dan juga agen Affiliate.

4.14) Hasil jualan produk/servis akan dibayar menggunakan akaun Maybank sahaja. Sekiranya anda memasukkan akaun bank lain, interbank transfer fee akaun dipotong daripada hasil jualan produk/servis anda.

4.15) Sekiranya Customer membuat permohonan refund sebelum tempoh pembayaran komisen, pihak JV Warrior berhak untuk refund sekiranya ia menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun sekiranya permohonan dibuat selepas komisen dibayar, ia bergantung kepada budi bicara pihak Seller sepenuhnya.

4.16) Untuk mereka yang ingin menganjurkan PPL (Pay Per Lead), komisen mestilah dibayar terlebih dahulu kepada pihak JV Warrior. Apabila PPL tamat, pihak JV Warrior akan mengagihkan komisen tersebut kepada agen yang layak.

4.17) Untuk mereka yang ingin memberi bonus atau hadiah dalam bentuk wang kepada agen affiliate menggunakan sistem JV Warrior, wang tersebut akan diambil daripada hasil jualan dan dibayar bersama-sama dengan komisen jualan. Manakala untuk bonus atau hadiah yang berupa “benda fizikal dan sebagainya”, pihak Seller perlu menghubungi agen yang terbabit secara personal untuk tujuan pemberian hadiah.

  • Pihak JV Warrior BERHAK menyekat akaun keahlian JV Warrior mana-mana individu yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak JV Warrior BERHAK mendakwa mana-mana individu yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Pihak JV Warrior berhak meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat di atas untuk kebaikan bersama tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak lain terlebih dahulu.